Monday, August 9, 2010

BRITISH COUNCIL CONNECTING CLASSROOMS ( BCCC )












Ianya bermula jam 8 pagi.Saya sampai lebih kurang pukul 8.30 pagi,jadi proses untuk memulakan demonstrasi agak lewat sikit.Para pengunjung masih di dalam dewan mesyuarat Prime City Hotel untuk mendengar taklimat tentang aktiviti British Council Connecting Classrooms.Saya tanpa berlengah lagi terus memanaskan lilin sebagai langkah awal setiap kali memulakan operasi Batik.
Saya bersama kru terus membuat persiapan dengan menggangtung jaquard sattin yang berkontra kerana cahaya lampu agak suram di hotel berkenaan.Lebih kurang 15 minit semuanya selesai.Para pengunjung dari wakil seluruh negara mula membanjiri ruang legar.


Saya dibantu isteri yang kebetulan bertugas di sekolah yang sama,membuat demonstrasi secara life di situ.Sambil melukis sambil memberi ulasan tentang pembikinan batik.
Ramai pengunjung berminat untuk mengetahui teknik pembuatan batik dan sependapat dengan saya agar warisan kesenian negara tidak patut dipinggirkan.
Penerangan tentang teknik pewarnaan diberikan agar semua mendapat informasi yang jelas tentang kroma batik.

Salah seorang murid sedang menunjukkan cara mewarna kepada para pengunjung.

Keseronokan akan timbul bila mula mewarna batik.Kerana hasilnya memberi sesuatu kepuasan yang tidak dapat digambarkan oleh kata-kata.


Harii ini para pengunjung bertuah kerana untuk demonstrasi kita menggunakan kain jaquard sattin.


PAMERAN BATIK DI PRIME CITY HOTEL

Tuesday, July 13, 2010

BATIK SERI HENDON

BATIK SERI HENDON
Pembikinan Batik Seri Hendon merupakan satu corak yang menarik kerana kepelbagaian warna dan teknik digunakan.
Kaedah yang sistematik dalam seni pembentukan objek banyak memberi kesan jalinan tampak bagi menunjukkan kontra dalam pewarnaan.

Titik - tiktik diseragamkan dengan kontra objek seperti kaedah semburan dalam seni halus.Kroma merupakan teknik terpenting dalam sesuatu karya.






BATIK SERI HENDON



BLAUS




















Baju caftan berjaya menambat hati penggemar batik
Baju kaftan ini sangat unik dan diperbuat daripada 100% kain fuji yang mana ianya diketahui sebagai kain yang sejuk dan tidak panas. Kain ini juga tidak luntur malahan ianya juga tidak kecut(round neck) ataupun yang berbentuk V (Vneck). Terdapat juga dalam bentuk tanpa lengan ataupun yang berlengan. sebagaimana kain kaftan biasa yang dijual di pasaran. Terdapat 2 jenis baju kaftan ini iaitu bahagian leher yang berbentuk bulat











Baju Batik Kaftan atau lebih dikenali dengan panggilan Baju Kelawar adalah pakaian yang lazimnya dipakai oleh kaum wanita sebagai baju basahan atau pakaian santai samada di rumah ataupun ketika bersosial bersama ahli keluarga.





.








CORAK VS OBJEK

Dalam industri batik,pelbagai kaedah digunakan mengikut citarasa pelanggan dan idea artis.Gabungan seni tampak dan kroma menjadikan corak batik lebih menarik.Motif adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau menerap batik. Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Motif Organik dan Motif Geometrik. Motif Organik berunsurkan alam semulajadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, dan haiwan.


Batik dipelbagaikan bagi menyerapkan budaya ketimuran dan motif flora dan fauna menambahkan kesegaran batik itu sendiri.Penduduk di negara kita menggunakan batik secara meluas. Batik digunakan untuk membuat baju, kain sarung atau batik lepas. Sebagai contoh, pakaian seragam pramugari kapal terbang MAS dibuat daripada batik. Batik juga digunakan dalam majlis-majlis formal dan majlis keramaian. Selain dibuat pakaian, batik juga digunakan sebagai hiasan seperti alas meja, cadar, sarung kusyen, tudung kepala, alas televisyen dan lain-lain lagi. Batik boleh dibeli dengan harga yang murah dan berpatutan. Batik begitu digemari pelancong-pelancong asing kerana coraknya yang menarik dan unik. Ia sering dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang ke negara masing-masing.















Teknik airbrush juga menjadi faktor batik kian ceria











Lapisan warna yang berulang menjadikan batik menuju ke era kemodenan











Keserasian warna juga menjadi faktor utama mengapa batik disukai ramai