Monday, August 9, 2010
BRITISH COUNCIL CONNECTING CLASSROOMS ( BCCC )
Ianya bermula jam 8 pagi.Saya sampai lebih kurang pukul 8.30 pagi,jadi proses untuk memulakan demonstrasi agak lewat sikit.Para pengunjung masih di dalam dewan mesyuarat Prime City Hotel untuk mendengar taklimat tentang aktiviti British Council Connecting Classrooms.Saya tanpa berlengah lagi terus memanaskan lilin sebagai langkah awal setiap kali memulakan operasi Batik.
Saya bersama kru terus membuat persiapan dengan menggangtung jaquard sattin yang berkontra kerana cahaya lampu agak suram di hotel berkenaan.Lebih kurang 15 minit semuanya selesai.Para pengunjung dari wakil seluruh negara mula membanjiri ruang legar.
Saya dibantu isteri yang kebetulan bertugas di sekolah yang sama,membuat demonstrasi secara life di situ.Sambil melukis sambil memberi ulasan tentang pembikinan batik.
Ramai pengunjung berminat untuk mengetahui teknik pembuatan batik dan sependapat dengan saya agar warisan kesenian negara tidak patut dipinggirkan.
Penerangan tentang teknik pewarnaan diberikan agar semua mendapat informasi yang jelas tentang kroma batik.
Salah seorang murid sedang menunjukkan cara mewarna kepada para pengunjung.
Keseronokan akan timbul bila mula mewarna batik.Kerana hasilnya memberi sesuatu kepuasan yang tidak dapat digambarkan oleh kata-kata.
Harii ini para pengunjung bertuah kerana untuk demonstrasi kita menggunakan kain jaquard sattin.
PAMERAN BATIK DI PRIME CITY HOTEL
No comments:
Post a Comment