Tuesday, June 29, 2010

BATIK

Pengenalan

Batik ialah sejenis produk kraf yang dihasilkan melalui proses menerap lilin dan mencelup kain. Batik terkenal di Gugusan kepulauan Melayu iaitu Indonesia, Singapura, Brunei dan Malaysia. Negeri yang popular dengan batik adalah Kelantan dan Terengganu. Berikut adalah sejarah kraf batik;2000 tahun dahulu - Telah wujud di Mesir dan ParsiAbad ke 7 - Digunakan di Jepun dan ChinaAbad ke 15 - Diperkenalkan di T.Melayu pada zaman pemeerintahan Parameswara di MelakaAbad ke18 - Batik pelangi memulakan perusahaan di Trengganu1910an - Perusahaan batik di K.Baharu, Kelantan1920an - Teknik ‘terap hitam’ digunakan utntuk mengecap kain. Blok kayu berukir dengan gaya ukiran timbul dicelup dengan pewarna hitam sebelum diterap pada kain putih. Pewarna kimia dari Eropah diperkenalkan pada tahun 19261930an - Perusahaan batik menggunakan teknik terapan lilin bermula di Terengganu dan Kelantan.Batik skrin diperkenalkan di KelantanSelepas perang dunia ke2 - Perusahaan batik berkembang dengan pesat dan menjadi industri kampung yang utamaSekarang - Industri batik berkembang secara besar-besaran dan pengeluaranya telah menenbusi pasaran dunia

Motif batik
1.Motif flora – bunga kenangan , cempaka, Daun Siti Fatimah , daun keladi dan lain- lain yang biasanya dijadikan motif pada badan kain. Manakala motif pucuk rebung biasanya dijadikan motif pada kepala kain batik sarong
2.Motif fauna – burung,ayam, siput, kupu-kupu
3.Motif geometri – banji, ceplok, parang rusak, kawung , swastika, pilin berganda ‘s’ dll
4.Motif benda – wau, wayang kulit dll
5.Motif abstrakIsenMotif pengisian yang melatari dan bertabur di sekeliling motif utama. Motif pengisi untuk memenuhi kain batik tradisional ataiu sebagai latar belakang kepada sesuatu pola corak Contoh : ada-ada, antel. Poleng, galangan dllJenis-jenis KainCotton, sutera, lawn, crepe satin, jacquard, rayon/ fuji

Jenis-jenis Batik
1. Batik tulis / lukis/ conteng/ canting
2. Batik terap / blok /cap
3. Batik skrin
4. Batik pelangi ( tanpa penggunaan lilin)

BATIK TULIS/ CONTENG

AlatanCanting/ Canting - Alat yang diperbuat daripada tembaga yang menjadi bekas lilin yang digunakan untuk melakar corak pada kainPemidang - Digunakan untuk meregang kain supaya kain tidak melendut semasa mencantingBerus lembut - Digunakan untuk menyapu bahan pewarna pada kain dan lilin cairPeriuk - Untuk memasak bahan campuran lilinKuali atau bekas - Untuk mencelup, merendam dan merebus kainDapur - Tempat meletakkan periuk dan memanaskan campuran lilin

Bahan
Kain putih - Jenis sutera dan cottonCampuran lilin - Lilin putih (paraffin)Lilin lebah - supaya lilin kenyal dan tidak mudah patahDamar - supaya lilin cepat lekat pada kainMinyak kelapa/ masak- supaya lilin cepat cair dan licin pada kainBahan pewarna - Remazol atau primazinBahan fixer - Pemati warna sodium / natrium silikat : untuk mengekalkan warna pada kainDebu soda /soda ash - Untuk menanggalkan lilin

Proses Batik Canting

1. Kain dasar dibersihkan terlebih dahulu untuk menghilangkan kanji dan dikeringkan
2. Kain ditegangkan pada pemidang kayu
3. Motif dan corak dilakarkan dengan menggunakan pensel (tidak perlu jika pembatik telah mahir)
4. Panaskan campuran lilin sehingga cair
5. Cedukkan lilin cair tersebut dengan, menggunakan canting kemudian lakarkan pada kain mengikut motif yang telahdibuat dengan menggunakan pensel tadi.Buat begitu sehingga habis lakaran corak pada kain tersebut
6. Mewarnakan motif yang telah siap dicanting / lilin
7. Apabila kain telah siap diwarnakan , biarkan pewarna dan kain kering kemudian rendamkan kain tersebut ke dalam bahan fixer supaya warna akan kekal pada kain tersebut. Biarkan kain tersebut selama8 – 12 jam

2 comments: