Sunday, July 11, 2010

CORAK VS OBJEK

Dalam industri batik,pelbagai kaedah digunakan mengikut citarasa pelanggan dan idea artis.Gabungan seni tampak dan kroma menjadikan corak batik lebih menarik.Motif adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau menerap batik. Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Motif Organik dan Motif Geometrik. Motif Organik berunsurkan alam semulajadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, dan haiwan.


Batik dipelbagaikan bagi menyerapkan budaya ketimuran dan motif flora dan fauna menambahkan kesegaran batik itu sendiri.Penduduk di negara kita menggunakan batik secara meluas. Batik digunakan untuk membuat baju, kain sarung atau batik lepas. Sebagai contoh, pakaian seragam pramugari kapal terbang MAS dibuat daripada batik. Batik juga digunakan dalam majlis-majlis formal dan majlis keramaian. Selain dibuat pakaian, batik juga digunakan sebagai hiasan seperti alas meja, cadar, sarung kusyen, tudung kepala, alas televisyen dan lain-lain lagi. Batik boleh dibeli dengan harga yang murah dan berpatutan. Batik begitu digemari pelancong-pelancong asing kerana coraknya yang menarik dan unik. Ia sering dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang ke negara masing-masing.















Teknik airbrush juga menjadi faktor batik kian ceria











Lapisan warna yang berulang menjadikan batik menuju ke era kemodenan











Keserasian warna juga menjadi faktor utama mengapa batik disukai ramai











No comments:

Post a Comment